Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kanak-Kanak Ceroboh Rumah, Tinggalkan Anak Kucing Sehingga Mati Digigit Anjing

kanak-kanak ceroboh rumah, tinggalkan anak kucing sehingga mati digigit anjing

Foto: Facebook

Advertisement

Baru-baru ini, tular satu rakaman CCTV di Facebook yang mengundang kemarahan orang ramai. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan tiga orang kanak-kanak menceroboh masuk ke kawasan rumah seseorang tanpa kebenaran.

Tidak cukup dengan itu, mereka meletakkan seekor anak kucing di dalam rumah itu melalui celahan pintu di mana terdapat dua ekor anjing peliharaan pemilik rumah.

Lebih mengejutkan, anak kucing malang itu mati digigit anjing peliharaannya.

Menceroboh masuk ke kawasan rumah orang tanpa izin bukan perkara kecil. Walaupun dilakukan oleh kanak-kanak, ia tetap menjadi satu kesalahan. Ia menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap ruang peribadi orang lain. Tambahan pula, mereka menganiaya haiwan yang tidak berdosa.

kanak-kanak ceroboh rumah, tinggalkan anak kucing sehingga mati digigit anjing

Foto: Facebook

Ruangan komen dibanjiri dengan kemarahan warga netizen, yang rata-rata menyatakan jika tidak ditegah daripada sekarang, kanak-kanak tersebut akan cenderung untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi di masa akan datang.

Sumber: Facebook (Chow Lingling)

SINAR Muzik Retro Terbaik