Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kanak-Kanak Trauma Angkat Mayat Tanpa Kepala

Konflik Israel-Palestin semakin memuncak dengan serangan tanpa henti dari Israel terhadap nyawa yang tidak bersalah di Palestin.

kanak-kanak trauma angkat mayat tanpa kepala

Hujung minggu lalu, dunia dikejutkan sekali lagi dengan serangan udara dan memusnahkan Kem Jabalia di Gaza.

Advertisement

Malah, Kem Jabalia juga menempatkan sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNRWA) yang menjadi tempat berlindung rakyat Palestin.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Namun, seorang kanak-kanak lelaki warga Palestin ini meluahkan rasa sebak dan pilu apabila dia terpaksa mengangkat mayat tanpa kepala akibat serangan tersebut.

“Saya terpaksa mengangkat mayat tanpa kepala,” kata seorang kanak-kanak Palestin itu.

Video jelas memaparkan emosi dan tangisan warga Palestin yang mahukan konflik ini segera berakhir dan pihak berkaitan mengumumkan gencatan senjata.

Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan agama di sana.

Sumber: Astro AWANI / Reuters
 

SINAR Muzik Retro Terbaik