Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengakui meskipun pengakhiran operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur bukan seperti diinginkan, namun semua anggota terlibat telah membuat yang terbaik.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat, pihaknya memaklumkan secara purata seramai 150 anggota penyelamat ditugaskan setiap hari dalam operasi itu.
Advertisement
“Kesimpulan yang saya boleh buat selama sembilan hari ini, kita ‘lost the battle but we won the war’ (kalah dalam pertempuran tapi menang dalam peperangan) di mana operasi pada hari ketujuh itu kita memang ‘all out’ (cuba sedaya upaya) tetapi kita tewas.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan penyelamat yang terlibat,” katanya.
Mengulas lanjut, Rozihan Anwar berkata, cabaran bermula pada hari kedua apabila insiden tanah jerlus itu mendapat liputan dunia khususnya di India.
Sumber: Kosmo Online