Foto: Instagram
Pelakon, Kamal Adli menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang cuba mendekati isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Uqasha Senrose, perlu menghormati perkahwinan mereka.
Advertisement
Menurut Kamal, hubungan mereka masih sah di sisi undang-undang dan Islam, dan beliau mahu orang luar sedar bahawa batasan itu mesti dihormati.
“Uqasha masih isteri saya yang sah… saya pula masih suami yang sah… jadi perkara ini wujud lagi,” katanya Kamal.
Kamal juga menegaskan bahawa pesanan itu bukan bermaksud wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
“Tak ada… saya cuma nak ingatkan… ini penting dari segi hukum… kami masih suami isteri yang sah,” jelas Kamal.
Sementara itu, Uqasha turut menegaskan bahawa tiada sesiapa yang mengganggu rumah tangga mereka, dan dirinya sentiasa menumpukan perhatian kepada keluarga serta anak-anak mereka.
Pesanan tegas Kamal ini menjadi perhatian ramai, menegaskan komitmen mereka untuk menjaga batas perhubungan dan melindungi keluarga daripada spekulasi pihak luar.
Sumber: Gempak