Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kajian Menunjukkan Tahun 2023 Hadapi Cuaca Paling Panas

Kajian daripada saintis-saintis Eropah mengesahkan bahawa 2023 adalah tahun paling panas dalam tempoh 125,000 tahun.

kajian menunjukkan tahun 2023 hadapi cuaca paling panas

Memetik laporan Thaiger, kajian itu dicapai berdasarkan kepada data iklim pada bulan lepas yang menunjukkan bahawa suhu global telah mencapai paras tertinggi sehingga memecahkan rekod sebelum ini.

Advertisement

Malah, Badan pemantau perubahan iklim Kesatuan Eropah (EU), Copernicus Climate Change Service (C3S) mendedahkan, suhu pada Oktober lalu melepasi rekod sebelumnya yang ditetapkan pada 2019, sebanyak 0.4 darjah Celsius.

Tambahnya, anomali cuaca yang diperhatikan pada bulan lalu juga dianggap sebagai sangat buruk.

Suhu pemecah rekod pada Oktober lalu mengesahkan bahawa sudah pasti tahun ini akan mencatat rekod baharu sebagai tahun paling panas sejak 125,000 tahun lalu.

Terdahulu, rekod sebelum ini adalah pada 2016 yang juga merupakan tahun ketika fenomena cuaca  El Nino berlaku.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik