Tahap kesuburan penduduk negara ini yang semakin menurun setiap tahun menyebabkan ramai pasangan berkahwin sukar untuk mendapatkan zuriat walaupun telah beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

Lebih membimbangkan apabila masalah tersebut banyak dikaitkan dengan gaya hidup pasangan termasuk trend perkahwinan lewat dalam kalangan wanita.
Advertisement
Mengikut data Jabatan Perangkaan, Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita sepanjang tempoh reproduktif menunjukkan penurunan daripada 4.9 bayi pada 1970 kepada 1.7 bayi pada 2021.
Perbincangan mengenai kesuburan pada abad ini agak kompleks kerana pelbagai faktor yang boleh diambil.
Tambahnya, ketidaksuburan wanita bukanlah faktor terhadap masalah tersebut namun ia disumbangkan oleh pelbagai sebab lain.
Pertumbuhan ekonomi menjadikan individu sibuk mengejar kerjaya, memberi tumpuan penuh pada tugas berbanding membina sebuah keluarga sebaik menamatkan pengajian masing-masing.
Faktor ini adalah antara punca yang dilihat menyumbang pada kurangnya minat pasangan untuk mendapatkan zuriat lebih awal selain lebih suka hidup tanpa dibebani tanggungjawab tambahan.
Sumber: Kosmo Online