Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun mendapat perhatian warganet apabila dia menandatangani sijil perkahwinan buat kali ke-14 hari ini.

Menurut Sanan Kongsoon, dia berharap agar isterinya, Somnuek Saengkaew, 56, akan menjadi wanita terakhir dalam kisah cintanya selepas bercerai dengan 13 isteri sebelum ini.
Advertisement
Majlis telah berlangsung anjuran Pejabat Daerah Mueang Krabi yang diadakan di Klonh Root, Krabi.
Seramai 11 pasangan menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai di lokasi tersebut dengan berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi.
Namun, Sanan terbuka hati untuk mendedahkan bahawa dia pernah berkahwin dengan 13 wanita lain, namun ia diakhiri dengan perceraian.
Tambahnya, selepas berkenalan dengan wanita tersebut lebih sedekad lalu, dia yakin bahawa Somnuek akan menjadi cinta sejati seumur hidupnya.
Sumber: Kosmo Online