Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jururawat Maut Digilis, Dilanggar Kereta Selepas Rempuh Belakang Lori

Seorang jururawat maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM28.2 Lebuhraya Kajang Silk, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa iaitu Nurul Ilham Nordin, 29, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Serdang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Shan Gopal A/L Gopal Krishnan memberitahu, siasatan mendapati mangsa yang berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Cheras Jaya menghala ke tempat kerja.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa telah terlanggar belakang sebuah lori 3 tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal,” katanya menerusi kenyataan, hari ini

Dalam pada itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 2 petang, semalam.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan kemudian dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Siasatan masih dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Susulan daripada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Insp. Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474.

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik