Baru-baru ini, jurulatih pasukan bola tampar itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka akibat tindakannya yang menampar dua pemain remaja perempuan sehingga mendapat perhatian di media sosial.

Menurut Saiful Hadee Amar, dia mengakui kesal akan tindakannya itu dan hanya berniat untuk menaikkan semangat.
Advertisement
Ia juga untuk memberi motivasi kepada pemain yang telah berjaya melayakkan pasukan itu menyertai kejohanan bola tampar bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor.
Tambahnya, dia menerima dengan hati terbuka sebarang tindakan yang dilakukannya dan mengambil ia sebagai pengajaran.
"Tidak berniat saya untuk mengambil tindakan (menampar) sehingga mendatangkan kecederaan, tindakan saya adalah untuk menaikkan lagi semangat mereka, memotivasikan mereka.
"Saya memohon maaf pada semua pemain terlibat terutama sekali dua pemain yang terlibat, ibu bapa pemain," katanya.
Sumber: Sinar Harian