Seorang jurugambar bebas untuk Agensi Berita Anadolu (AA), Montaser Al-Sawwaf mendedahkan dia cedera dalam serangan udara Israel ke atas kawasan perumahan Al-Tuffah di Bandaraya Gaza.

Menyayat hati apabila dia mendapat berita tentang serangan yang meragut nyawa 47 ahli keluarganya sementara yang lain masih terperangkap di bawah runtuhan.
Advertisement
"Pada malam Jumaat lepas, pesawat pejuang Israel mengebom rumah keluarga saya, mengakibatkan ia musnah sepenuhnya dan ketika itu keluarga saya berada di dalam rumah.
"Pengeboman itu mengakibatkan saya kehilangan ibu bapa, dua abang, beberapa anak mereka dan sepupu. Muka saya turut mengalami kecederaan," katanya.
Ramai juga turut berdukacita atas berita yang menimpa jurugambar dan wartawan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian