Skip to main content

Advertisement

Hiburan

GISBH: Jumlah Kanak-Kanak Diselamatkan Kini 662 Orang

Lands-P-12.png

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang dan kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Advertisement

Tambahnya, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini.

Terdahulu, polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.

 

Sumber: BERNAMA

SINAR Muzik Retro Terbaik