Baru-baru ini, lebih 100 doktor Israel telah menandatangani surat terbuka menyeru tentera mengebom hospital di Genting Gaza.

Mereka menyeru tindakan itu dengan menuduh ia adalah infrastruktur yang digunakan pejuang Hamas.
Advertisement
Malah, surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu menyatakan adalah ia wajar untuk mengebom hospital kerana ia dijadikan sarang pengganas.
Isi kandungan surat itu juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan pihak tentera menyasarkan hospital di seluruh Gaza.
“Merekalah (penduduk Gaza) yang membawa kemusnahan ke atas diri mereka sendiri,” mengikut isi kandungan surat.
Selepas surat tersebut disiarkan di platform X, mereka mendapat kecaman meluas seluruh dunia atas tindakan tersebut.
Sumber: Sinar Harian