Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jenazah Wartawan Fiza Kamarudin Akan Dibawa Pulang Esok

Jenazah Allahyarham Siti Nor Hafizah Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross di London, United Kingdom dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi esok.

jenazah wartawan fiza kamarudin akan dibawa pulang esok

Berita tersebut dimaklumkan oleh suaminya, Mohd. Roshidi yang turut memberitahu jenazah akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Kuala Lumpur.

Advertisement

“Untuk makluman, jenazah Allahyarham Fiza Kamarudi insya-Allah akan berlepas pada 5 Januari 2024 (Jumaat) pukul 10.25 pagi (waktu London) menuju ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH0003 dan dijangka tiba di KLIA 6 Januari (Sabtu) pukul 7.15 pagi.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Baru sejurus selesai urusan di KLIA untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak 2, Taman Selasih,” jelasnya.

Terdahulu, berita duka pemergian Allahyarham yang meninggal dunia di London ketika bercuti di sana akibat pendarahan otak telah mengejutkan industri kewartawanan tanah air.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik