Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jenazah Tun Abdullah Tiba Di Masjid Negara Untuk Istiadat Pengebumian Negara

jenazah tun abdullah tiba di masjid negara untuk istiadat pengebumian negaraFoto: Astro Awani

Jenazah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah dibawa dari kediaman beliau di Bait Badawi, Persiaran Tuanku Jaafar pada jam 8.10 pagi ke Masjid Negara bagi menjalani Istiadat Pengebumian Negara.

Advertisement

Memetik laporan Awani, van jenazah diiringi oleh lebih 10 kenderaan yang dipercayai membawa ahli keluarga terdekat.

Antara kenamaan yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; serta Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

jenazah tun abdullah tiba di masjid negara untuk istiadat pengebumian negaraFoto: Astro Awani

Selepas solat jenazah, Allahyarham akan disemadikan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara, sebagai penghormatan kepada jasa dan sumbangan beliau kepada negara.

Dalam pada itu, petugas media mula berkumpul di kediaman Allahyarham seawal jam 6.30 pagi bagi membuat liputan mengenai istiadat bersejarah ini.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam, 14 April 2025.

SINAR Muzik Retro Terbaik