Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jenazah Anak Bongsu Ayu Dan Zaquan Selamat Dikebumikan

Jenazah anak bongsu kepada pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, enam bulan telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi.

jenazah anak bongsu ayu dan zaquan selamat dikebumikan

Foto: Gempak

Advertisement

 

Memetik laporan Gempak, walaupun dalam suasana meruntun pilu, proses pengebumian Allahyarham berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan terdekat.

Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa pulang ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.

Sebelum ini, Zaquan telah memaklumkan bahawa anak bongsunya itu telah meninggal dunia kira-kira jam 1 petang Selasa.

jenazah anak bongsu ayu dan zaquan selamat dikebumikan

Foto: Instagram @zaqone_08

Berita duka itu dimaklumkan sendiri olehnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Pelakon Rozita Che Wan yang merupakan kakak ipar kepada Zaquan memaklumkan bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan setelah mendapati anaknya tidak sedarkan diri.

Untuk rekod, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

 

Sumber: Gempak

SINAR Muzik Retro Terbaik