Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jenama Fesyen Terkenal Turunkan Iklan ‘Membahan’ Mangsa Di Gaza

Syarikat jenama fesyen popular, Zara yang tular dengan imej iklan koleksi produk terbaharu yang mengundang kemarahan orang ramai bertindak untuk menurunkan semula iklan itu.

jenama fesyen terkenal turunkan iklan ‘membahan’ mangsa di gaza

Iklan kempen tersebut didakwa mempersendakan perang di Semenanjung Gaza dan ia mencetuskan kontroversi dalam kalangan kumpulan pro-Palestin.

Advertisement

Malah, mereka juga menggelarnya sebagai perkara menjijikkan ‘pernah dilihat’. 

Beberapa model bergambar bersama ‘arca belum siap dibina’ di sebuah studio dan pihaknya mendakwa koleksi itu ‘direka dengan tujuan untuk mempamerkan pakaian buatan kraf dalam konteks artistik’.

Sebagai tindak balas kepada kemarahan netizen, syarikat tersebut telah menarik keluar iklannya dan membuat permohonan maaf.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik