Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Awal Tak Kalut, Jemaah Tunai Solat Tarawih Sepantas 7 Minit

Ramadan yang kunjung tiba ini pasti banyak amalan yang kita nantikan untuk tunaikan terutamanya bagi mengumpul pahala dan mendekatkan lagi diri dengan Allah SWT.

awal tak kalut, jemaah tunai solat tarawih sepantas 7 minit

Solat sunat Tarawih banyak manfaat yang sangat istimewa kerana kita hanya boleh menunaikan solat sunat tarawih di bulan Ramadan sahaja.

Advertisement

Baru-baru ini, warganet terkejut apabila jemaah di Pondok Al-Quraniyah, Krangkeng, dalam wilayah Jawa Barat menunaikan solat sunat tarawih sepantas 7 minit.

Solat sunat digelar ‘Tarawih kilat’ itu ditunaikan dalam 23 rakaat. Ia hanya melibatkan masa antara 6 hingga 7 minit.   

Malah, masjid tersebut menjadi lokasi tumpuan untuk jemaah tunaikan solat dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat sunat itu semalam, dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

“Ya, sampai ke halaman masjid (bersolat),” katanya.

Solat sunat secara pantas itu sudah diadakan sejak 2006 dengan tujuan untuk mengajak golongan belia memperbanyakkan ibadat di bulan suci Ramadan, lapor media tempatan.

Sumber: Tribunjabar / Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik