Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jemaah Terkejut Lihat Wanita Meninggal Dunia Selepas Solat

Allahuakbar! Jemaah dikejutkan dengan kejadian seorang jemaah wanita meninggal dunia ketika membaca doa selepas menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Masjid Zahir, di Alor Setar, Kedah malam tadi.

jemaah terkejut lihat wanita meninggal dunia selepas solat

Wanita terbabit, Rosnah Ramli, 60, dipercayai tidak sedarkan diri selepas selesai beribadat di masjid tersebut pada pukul 8.35 malam.

Advertisement

Menurut Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Negeri, Muhd Kamal Ariffin Abdul Hamid, pihaknya memaklumkan mereka menjadi saksi terhadap kejadian tersebut. 

“Dijemput Allah SWT usai membaca doa. Terdahulu, dalam keadaan berpuasa sunat, mangsa berbuka puasa di masjid negeri bersama suami tercinta, bersolat maghrib berjemaah dan membaca Yasin.

“Kembalilah wahai jiwa yang tenang. Kematian yang husnul khotimah. Menjadi pengajaran, iktibar dan pedoman buat kami semua yang masih hidup,” katanya.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena. Al-Fatihah!

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik