Polis Israel bertindak untuk menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.

Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), Jabatan Wakaf Islam memaklumkan polis Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.
Advertisement
Malah, mereka juga memperketat kemasukan dan hanya membenarkan warga emas masuk ke masjid berkenaan.
Namun, polis membenarkan orang Yahudi memasuki pekarangan masjid untuk menjalankan ritual dan tindakan itu jelas melanggar status quo masjid itu.
Sumber: Bernama