Baru-baru ini, Selangor FC mengumumkan tarik diri dan tidak dapat hadir ke perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Takzim (JDT).

Susulan itu, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan pasukan Selangor FC tersebut.
Advertisement
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, pihaknya memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi jaminan terhadap tahap keselamatan sepanjang perlawanan berlangsung nanti.
Malah, polis akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota dan mengutamakan keselamatan pasukan, pemain dan penyokong.
“Kami maklum dan kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat ini (esok).
“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC.
“Kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini kerana ianya boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online