
Amaran diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang awam supaya tidak menghampiri, meninjau, dan membuat ‘content’ media sosial di kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk menempatkan anggota berkawal di kawasan terbabit.
“Lubang di kawasan itu kira-kira sedalam lapan hingga 10 meter. Lebih baik kita ingatkan orang ramai bahawa tempat ini masih dalam kawalan pihak polis dan jangan bahayakan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat wanita warga India yang bermula sejak 23 Ogos telah ditamatkan sembilan hari selepas insiden terbabit berlaku.
Sumber: BERNAMA