Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya bermain bunga api di kawasan yang lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Alzafny Ahmad, beliau memaklumkan pesanan berkenaan bagi menjamin kesejahteraan komuniti dan tidak mengganggu kepada umum.
Advertisement
“Sekiranya ingkar, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955, (Akta 336) atau Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
“Penjualan bunga api secara dalam talian juga adalah dilarang sama sekali dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 8 AKta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang mana boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,00 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Tambahnya, lebih 45 jenis bunga api telah diluluskan untuk dijual sejak 2018 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan.
Sumber: Kosmo Online