Foto: Instagram
Pelakon, Sharifah Sakinah menegur sikap sesetengah individu yang menjadikan ADHD sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri.
Advertisement
“Jangan jadikan ADHD sebagai alasan untuk tutup buruk sendiri,” sambil menekankan bahawa label penyakit mental tidak boleh digunakan sebagai pelindung untuk menghalalkan kelakuan yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya menerusi Threads.
Jelasnya lagi, sesiapa yang benar-benar mengalami simptom serius hingga menjejaskan kehidupan perlu mendapatkan rawatan sewajarnya.
Katanya, ada individu yang sengaja mengambil kesempatan dengan menjadikan ADHD sebagai alasan sedangkan mereka enggan memperbaiki diri atau mengurus masalah sebenar.
Sakinah turut memberi peringatan agar tidak bergantung kepada apa yang digelarnya ‘cheap dopamine’ seperti hiburan berlebihan, media sosial atau tingkah laku yang memberi keseronokan sementara
“Stop feeding your cheap dopamine,” katanya, merujuk kepada tabiat seperti makan berlebihan, baring sepanjang hari atau melarikan diri ke media sosial setiap kali berasa tertekan.
Dalam masa sama, Sakinah mengingatkan bahawa jika seseorang mempunyai ADHD tetapi tidak sampai menyakitkan diri atau mengganggu rutin harian, mereka boleh memilih untuk hidup dengan lebih positif.
“Kalau ada ADHD tetapi tak menyakitkan anda… enjoy the ride, see things positively,” ujarnya.
Menurut Sakinah, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab individu terhadap kesihatan mental mereka sendiri. Dia bagaimanapun menekankan bahawa perubahan hanya berlaku apabila seseorang mengakui kekurangan diri dan memilih untuk memperbaikinya, bukan dengan berselindung di sebalik diagnosis.
Sumber: Threads