![[video] 625 meter di udara, china rekod jambatan paling tinggi dunia!](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2025/Sep/29/landscape-18.png)
Foto: Al Jazeera
Advertisement
China sekali lagi mencipta sejarah apabila merasmikan pembukaan Huajiang Grand Canyon Bridge, jambatan tertinggi di dunia yang kini dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Terletak di wilayah Guizhou, jambatan megah ini menjulang setinggi 625 meter (2,050 kaki) di atas sebuah gaung yang menakjubkan.
@aljazeeraenglish The world's tallest bridge has officially opened in China. The Huajiang Grand Canyon Bridge crosses 625 metres above the Beipan River, giving it almost 10 times the clearance of San Francisco's Golden Gate Bridge. . As part of the opening, a #Chinese wingsuit flyer performed a jump into the canyon below. #news #China ♬ original sound - Al Jazeera English
Lebih mengagumkan, jambatan ini bukan sahaja menjadi ikon kejuruteraan moden, malah memberi manfaat besar kepada penduduk setempat. Dengan siapnya jambatan ini, masa perjalanan antara dua sisi gaung yang dahulunya mengambil masa dua jam kini dipendekkan kepada hanya dua minit sahaja.
Bagi memastikan tahap keselamatan dan kekuatan strukturnya, pihak berkuasa China telah menjalankan ujian besar pada Ogos lalu dengan meletakkan 96 buah trak di titik-titik tertentu di atas jambatan. Kejayaan ujian itu membuktikan keupayaan jambatan menampung beban luar biasa serta memastikan keselamatan pengguna.
![[video] 625 meter di udara, china rekod jambatan paling tinggi dunia!](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2025/Sep/29/landscape-19_2.png)
Huajiang Grand Canyon Bridge kini bukan sahaja memegang rekod sebagai jambatan tertinggi dunia, tetapi juga sebagai jambatan dengan bentang terpanjang yang pernah dibina di kawasan pergunungan.
Pembukaan jambatan ini sekali gus menambah satu lagi pencapaian luar biasa dalam landskap kejuruteraan China, yang sering mencuri perhatian dunia dengan projek infrastruktur berskala mega. Bukan sekadar menjadi mercu tanda, jambatan ini juga dijangka menjadi tarikan pelancongan baharu, khususnya bagi mereka yang ingin merasai pengalaman melintasi “jambatan di awan”.
Sumber: Al Jazeera