Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Maut Dibaham Harimau, Wanita Terkilan Anak Masih Tidak Tahu

Baru-baru ini, pihak berkuasa menemui mayat lelaki Orang Asli yang dibaham harimau belang sebelum diseret sejauh 300 meter ke cerun bukit di kawasan kebun kelapa sawit di RPS Pos Pasik.

suami maut dibaham harimau, wanita terkilan anak masih tidak tahu

Namun, kejadian menyayat hati ini mendapat perhatian ramai pihak dan isterinya sebak apabila dua anak lelaki Orang Asli tersebut belum mengetahui kejadian sebenar yang menimpa bapa mereka.

Advertisement

Syahira Hamid selaku isteri mangsa memaklumkan setiap hari dua anaknya Nur Haura Pisie, setahun dan Finka Pisie, dua tahun tercari-cari kelibat bapanya, Pisie Amud, 25.

Tambahnya, dia masih trauma dengan kejadian tersebut dan rasa tidak percaya apabila kehilangan suami dalam sekelip mata.

“Keluarga kami masih bersedih dan sukar menerima kenyataan Pisie maut dibaham harimau ketika keluar menyumpit bagi mencari sumber rezeki dan makanan untuk kami sekeluarga.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata, dia keluar petang bagitahu nak keluar menyumpit tupai untuk dijadikan lauk kami sekeluarga. Namun, sehingga keesokan harinya suami tidak pulang ke rumah,” katanya.

Dia juga terkilan apabila mengingati kejadian yang menyebabkan keadaan kaki kiri mangsa telah tiada dan mukanya sudah dalam keadaan tidak sempurna selepas dipercayai dimakan haiwan tersebut.

Malah, organ dalaman pada bahagian kepala mangsa juga sudah tiada selain terdapat kecederaan pada bahagian punggungnya.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik