
Seorang wanita telah disahkan maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh suaminya hanya kerana cemburu mendengar mangsa bercakap dengan lelaki yang tidak dikenalinya menerusi panggilan telefon.
Advertisement
Memetik laporan Awani, kejadian pilu itu berlaku pada Ahad lalu sekitar jam 4 petang waktu tempatan di Desa Ayula, Kecamatan Randangan, Pohuwato.
Ketua Seksyen Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Pohuwato, AKP Hanny Dayoh memberitahu, mangsa yang dikenali sebagai CD, 38, telah dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Pelaku, Ulfan, 48, menikam mangsa berkali-kali (lapan kali) di bahagian dada, hingga menyebabkan berlaku pendarahan yang serius.
“Pihak polis kemudiannya ke lokasi kejadian, tidak berapa lama kemudian pelaku datang sendiri ke balai untuk menyerah diri," ujarnya kepada wartawan.
Bagaimanapun, Hanny mengingatkan bahawa kes masih dalam siasatan dan sebarang maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Sumber : Awani