Kejam! Tentera Israel melakukan serangan terhadap salah sebuah hospital terakhir yang masih bertahan di Semenanjung Gaza utara.

Hospital tersebut tidak dapat lagi beroperasi sejak Selasa selepas teruk diserang oleh tentera Israel.
Advertisement
Menurut Pengarah Hospital Al-Ahli, Fadel Naim, dia memaklumkan tentera Israel menyerang hospital dan menahan ramai doktor, kakitangan perubatan dan pesakit selain memusnahkan sebahagian daripada kawasan bangunan itu.
Malah, serangan itu juga telah mengakibatkan hospital tidak dapat lagi beroperasi dan pihaknya tidak lagi boleh menerima mana-mana pesakit atau mangsa yang cedera.
Lebih empat orang yang cedera akibat tembakan Israel pada Isnin di hospital terbabit, meninggal dunia sehari kemudian akibat kecederaan yang dialami.
Hospital Al-Ahli mengalami kerosakan teruk akibat letupan di tempat letak keretanya pada 17 Oktober lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya puluhan mangsa maut.
Sumber: Sinar Harian