Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Israel Enggan Tamat Perang, Tolak Syarat Hamas

Israel menolak syarat dibentangkan pejuang Hamas untuk menamatkan perang dan membebaskan tebusan termasuk pengunduran sepenuhnya Israel di Gaza, pada Ahad.

israel enggan tamat perang, tolak syarat hamas

Menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, beliau memaklumkan pihaknya tidak akan membiarkan Hamas terus berkuasa di Gaza.

Advertisement

Sementara itu, pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, keengganan pemimpin Israel untuk menamatkan serangan tentera di Gaza bermakna tiada peluang untuk mengembalikan tawanan Israel.

Malah, perjanjian yang diuruskan pada akhir November oleh Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Mesir menyaksikan pembebasan lebih 100 daripada anggaran 240 tebusan yang telah ditawan di Gaza semasa serangan Hamas pada 7 Oktober.

Peperangan ini juga menyaksikan pelbagai pertumpahan darah berlaku dan ia harus dihentikan dengan pencapaian kata sepakat.

Namun, syarat itu dilakukan sebagai pertukaran untuk pembebasan 240 orang rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Sejak perjanjian itu berakhir, Netanyahu telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk membebaskan 136 tebusan yang masih dalam tahanan.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik