
Tentera Israel mendakwa enam warga Palestin di Gaza yang bekerja sebagai wartawan Al Jazeera merupakan anggota pejuang Hamas.
Advertisement
Dakwaan itu disifatkan rangkaian berita Qatar berkenaan sebagai percubaan Israel untuk menutup mulut wartawan.
Dalam satu kenyataan, Al Jazeera berkata, pihaknya mengecam tuduhan Israel terhadap wartawannya di Gaza dan memberi amaran bahawa ia sekadar justifikasi Israel untuk menyasarkan mereka.
Tentera Israel menerbitkan dokumen yang dikatakan ditemui di Gaza yang membuktikan lelaki itu mempunyai hubungan ketenteraan dengan kumpulan tersebut.
Tentera Israel mendakwa, dokumen itu termasuk Hamas dan Jihad Islam senarai butiran kakitangan, gaji dan kursus latihan, direktori telefon dan laporan kecederaan.
Al Jazeera berkata, rangkaian itu melihat tuduhan rekaan ini sebagai percubaan terang-terangan untuk menutup mulut beberapa wartawan yang tinggal di rantau berkenaan.
Tambahnya, ia sengaja untuk mengaburi realiti perang yang keras daripada seluruh dunia.
Sumber: Astro Awani