
Foto: X
Advertisement
Israel mendakwa semua aktivis misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) yang ditahan pada Rabu (8 Oktober) sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia berada dalam keadaan selamat dan sihat.
Menurut hantaran Kementerian Luar negara itu di platform X, kesemua aktivis berkenaan dijangka dihantar pulang dalam masa terdekat. Pihak berkuasa turut memaklumkan kapal dan para delegasi telah dibawa ke sebuah pelabuhan di Israel.
Terdahulu, sembilan kapal yang membawa aktivis FFC dan TMTG dilaporkan dipintas di kawasan 120 batu nautika dari perairan Gaza. Misi berkenaan membawa bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan, makanan bayi serta bertujuan mengumpul bukti pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Zionis.
Another futile attempt to breach the legal naval blockade and enter a combat zone ended in nothing. The vessels and the passengers are transferred to an Israeli port. All the passengers are safe and in good health. The passengers are expected to be deported promptly.
— Israel Foreign Ministry (@IsraelMFA) October 8, 2025
Selain menyalurkan bantuan, misi itu juga membawa mesej keamanan dan solidariti antarabangsa terhadap rakyat Palestin yang terus menderita akibat sekatan berpanjangan.
Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil antara yang ditahan bersama delegasi Malaysia lain, termasuk Ketua Misi Prof Emeritus Mohd Alauddin Mohd Ali, tiga doktor, dua pensyarah serta seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE.
Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad, turut berada di atas kapal layar Umm Saad yang dilaporkan dipintas pada hari sama.
Sumber: X