Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pentas Akhir Penuh Persaingan, Iskandar Ismail Juara Gegar Vaganza 12

pentas akhir penuh persaingan, iskandar ismail juara gegar vaganza 12Foto: Tangkap layar skrin

Pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-12 berakhir dengan kejayaan Iskandar Ismail apabila beliau dinobatkan sebagai juara edisi kali ini.

Advertisement

Kemenangan tersebut melayakkan Iskandar membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, set ruang tamu tajaan Empire Reka serta sebuah trofi kemenangan.

Pada konsert akhir, Iskandar mempersembahkan beberapa lagu termasuk Madah Berhelah, Senja Nan Merah menerusi duet bersama Jaclyn Victor, Cerita Kedai Kopi, serta Pink Venom dalam segmen Battle bersama Nubhan dan Mell Sakura.

Tempat kedua menjadi milik kumpulan Mendua yang berjaya meraih wang tunai RM50,000, set ruang makan tajaan Empire Reka dan trofi. Nubhan pula menamatkan saingan di kedudukan ketiga sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta set ruang tidur tajaan Empire Reka dan trofi.

Mark Adam berada di tempat keempat dan menerima hadiah wang tunai RM20,000, set perabot tajaan Empire Reka serta trofi. Selain itu, beliau turut diumumkan sebagai penerima anugerah Ikon Semangat No 1 Digi dan memperoleh wang tunai tambahan RM4,000 bersama Golden Mic.

Finalis wanita tunggal, Mell Sakura, menduduki tempat kelima dan membawa pulang RM15,000, set perabot tajaan Empire Reka serta trofi. Ruri Repvblik pula berada di kedudukan keenam dengan kemenangan wang tunai RM10,000 sumbangan Uphamol, set perabot tajaan Empire Reka serta trofi.

Secara keseluruhan, keputusan akhir menyaksikan Iskandar Ismail sebagai juara, Mendua di tempat kedua, Nubhan di tempat ketiga, Mark Adam di tempat keempat, Mell Sakura di tempat kelima dan Ruri Repvblik di tempat keenam, manakala anugerah Ikon Semangat No 1 Digi dimenangi oleh Mark Adam.

Gegar Vaganza 12 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad. Barisan juri tetap yang mengadili persembahan finalis terdiri daripada Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

SINAR Muzik Retro Terbaik