Skip to main content

Advertisement

Hiburan

IShowSpeed ‘U turn’ Balik Malaysia Live Di Stadium Sultan Ibrahim

Lands-P-1.png

 

Advertisement

Pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed membuat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila berpatah balik ke Malaydia untuk memenuhi jemputan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

YouTuber yang terkenal itu sepatutnya dijadualkan membuat siaran langsung di Universal Studio, Singapura malam tadi namun beliau terus berpatah balik ke Johor.

Sebelumnya, difahamkan bahawa IShowSpeed terpaksa menolak jemputan Baginda sebelum ini kerana sudah membeli tiket penerbangan ke Indonesia bagi melengkapkan siri jelajahnya ke Asia Tenggara.

“Dua siaran langsung dalam satu hari. Kita akan berjumpa dengan putera (Tunku Mahkota Ismail) dengan singkat,” katanya ketika baru tiba di stadium tersebut.

Melalui akaun rasmi Tunku Mahkota Ismail, Baginda juga telah memuat naik empat gambar yang menunjukkan pertemuan singkat dengan YouTuber yang hadir dengan memakai jersi Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

Sumber: Kosmo

SINAR Muzik Retro Terbaik