Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disangka Resdung Biasa, Rupanya Hidap Kanser Hidung

disangka resdung biasa, rupanya hidap kanser hidungFoto sekadar hiasan

Masalah resdung sering dianggap sekadar hidung tersumbat atau selesema berpanjangan.

Advertisement

Namun perkongsian pengguna Threads, @irnasyafiqah, memberi perspektif berbeza apabila beliau mendedahkan bagaimana penyakit itu boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan jika tidak diurus dengan betul.

Menerusi perkongsian pada 24 Disember 2023, beliau menjelaskan bahawa resdung atau sinusitis berpotensi menjadi salah satu faktor kepada perjalanan penyakit kronik yang lebih serius, termasuk kanser.

Pengalaman Pesakit Resdung Kronik

Menurut @irnasyafiqah, beliau sendiri pernah menghidap resdung kronik dan menjalani prosedur Endoscopic Sinus Surgery (ESS) pada tahun 2017 selepas keadaan semakin teruk.

“Hasil CT Scan menunjukkan rongga hidung saya hampir tersumbat sepenuhnya. Dipenuhi dengan lendir dan sebahagiannya sudah naik ke bahagian kepala,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa keadaan itu menyebabkan pembentukan nasal polyps di dalam hidung.

“Polyps di hidung biasanya tidak berisiko menjadi kanser, namun masalah utamanya ialah saluran pernafasan yang sentiasa tersumbat,” jelasnya.

Isu Kekurangan Oksigen

Beliau turut mempersoalkan kesan jangka panjang apabila laluan pernafasan terganggu dalam tempoh yang lama.

“Kita hanya bernafas melalui dua lubang hidung. Bila laluan ini dipenuhi lendir dan keradangan berpanjangan, adakah oksigen benar-benar masuk dengan mencukupi?” katanya.

Menurutnya, kekurangan oksigen kronik boleh mengubah persekitaran dalaman badan, sekali gus memberi kesan kepada kesihatan keseluruhan.

“Dalam keadaan tertentu, tubuh boleh menjadi lebih berasid dan sel kanser sangat cenderung hidup dalam medium yang berasid,” tambahnya.

Keradangan Berpanjangan

Jelas @irnasyafiqah, resdung atau sinusitis itu sendiri merupakan satu bentuk keradangan yang tidak boleh dipandang ringan.

“Jika dibiarkan lama tanpa mengurus puncanya, ia boleh membuka laluan kepada masalah kesihatan yang lebih serius,” ujarnya.

Simptom Adalah Isyarat Tubuh

Dalam perkongsian sama, beliau turut menekankan kepentingan memahami isyarat tubuh dan bukan sekadar menyenyapkan simptom.

“Every disease has a journey. Symptoms are messengers. Do not kill the messenger,” katanya.

Beliau mengingatkan agar orang ramai mendengar setiap ‘bisikan’ tubuh sebelum keadaan menjadi lebih serius.

“Dengari tubuh kita sebelum ia terpaksa menjerit,” katanya lagi.

Sumber: Threads

SINAR Muzik Retro Terbaik