Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Influencer’ Curi-Curi Panjat Bangunan, Maut Jatuh Dari Tingkat 68

Seorang pempengaruh media sosial (influencer) meninggal dunia akibat terjatuh daripada salah sebuah sebuah bangunan yang dipanjatnya.

‘influencer’ curi-curi panjat bangunan, maut jatuh dari tingkat 68

Remi Lucidi yang menggunakan nama Remi Enigma terkenal untuk berkongsi kandungan selfie dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi di seluruh dunia.

Advertisement

Dia difahamkan telah panjat tingkat 68 bangunan Tregunter Tower secara ‘curi-curi’ di Hong Kong pada Khamis lalu.

Mangsa sempat mengetuk tingkap di sebuah penthouse untuk mendapatkan bantuan dan situasi itu dilihat oleh seorang pembantu rumah.

Pembantu rumah tersebut bertindak pantas menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan tetapi mangsa tidak dapat bertahan lalu terjatuh dari tingkat 68.

Hasil siasatan mendapati mangsa didakwa telah menipu pengawal keselamatan dengan memberitahu ingin bertemu seorang sahabat di tingkat 40. 

Namun, CCTV kemudian ‘menangkap’ dia berada di tingkat 49 tanpa kebenaran sebelum tanpa diketahui telah berada di tingkat 68.

Pihak polis menemui mayatnya di kawasan bangunan bersama kad pengenalan dan kamera namun pihak berkuasa tidak mendedahkan foto terakhir mangsa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik