Seorang warga emas bertekad untuk menyelamatkan wang simpanan sebanyak RM2,000 yang disimpan di dalam poket baju selepas rumahnya terbakar petang semalam.

Barangan dan kelengkapan di dalam sebuah rumah di biliknya telah hangus terbakar serta pelbagai kerosakan berlaku.
Advertisement
Sebelum kejadian berlaku, dia keluar dari rumahnya dan mendapat panggilan daripada anak bongsunya yang terhidu bau hangit.
“Ketika baru sahaja bergerak sejauh 50 meter, anak bongsu, Mohd. Shakir Yeh, 16, menelefon saya dan memaklumkan dia terhidu bau hangit dari sebuah bilik sebelum berlaku kebakaran.
“Saya terus berpatah balik ke rumah dan bergegas masuk ke dalam bilik itu untuk menyelamatkan wang simpanan sebanyak RM2,000 yang disimpan di dalam poket baju dan beberapa dokumen penting,” katanya.
Tambahnya, dia bersyukur kerana anak bongsunya tidak tidur di dalam bilik itu ketika kejadian dan sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku.
Sumber: Kosmo Online