Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Individu Layak Dipuji, Pulangkan Wang RM9,697 Yang Dijumpai

Seorang lelaki Thailand bertindak memulangkan wang 75,500 baht (RM9,697) yang ditemui di mesin teller automatik (ATM) sebuah stesen minyak di Bangkok kepada pemilik asalnya.

individu layak dipuji, pulangkan wang rm9,697 yang dijumpai

Menurut kenyataan Balai Polis Lampakchee, Abdulrorsa Alqasim dipuji ramai pihak dan memberi inspirasi kepada komuniti serta belia muda.

Advertisement

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) apabila Abdulrorsa memaklumkan pihak polis bahawa dia telah pergi ke stesen minyak di Jalan Chueam Samphan, daerah Nong Chok, Bangkok untuk mengeluarkan wang daripada ATM Siam Commersial Bank.

Dia menyedari ada wang tertinggal di dalam dispenser wang tunai ketika dia hendak memulakan urus niaganya.

Dia kemudian mengeluarkannya wang tersebut dan dan membawanya ke Balai Polis Lampakchee untuk mencari pemiliknya selepas berurusan dengan ATM tersebut. 

Selepas pihak polis menyiasat, mereka mendapati pemilik wang tersebut adalah seorang lelaki Thailand, Kriangsak Kliangtrakoon. 

Kriangsak bergegas ke balai polis untuk mendapatkan wang tersebut apabila dihubungi oleh polis.

Dia pergi ke stesen minyak itu untuk mendepositkan wangnya dan menyangka transaksinya berjaya serta terus meninggalkan ATM tanpa mengambil wangnya.

Tamabhnya, individu tersebut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas kejujuran Abdulrorsa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik