Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila video menunjukkan penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai dibuang di sebuah longkang lombong di Jinjang.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pihaknya memaklumkan siasatan berhubung kes itu masih dijalankan dan lapan individu sudah dirakam keterangan.
Advertisement
"Siasatan berkaitan kes ini masih lagi dijalankan, elak membuat sebarang spekulasi kerana polis akan pastikan individu bertanggungjawab akan diambil tindakan sewajarnya.
"Masyarakat dinasihatkan tidak gusar kerana polis bersama agensi pihak berkuasa lain akan memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini sentiasa terpelihara," katanya.
Pelbagai spekulasi yang ditimbulkan orang ramai dan pihaknya berharap orang ramai bersabar serta tidak menyebarkan berita yang tidak benar.
Malah, pihaknya bertanggungjawab akan memaklumkan siasatan tersebut dari semasa ke semasa.
Sumber: Harian Metro