Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Network Open, pihaknya mendapati individu berjalan 8,000 langkah bersamaan sekitar 6.4 kilometer (km) satu atau dua hari seminggu boleh mengurangkan risiko kematian awal dengan ketara.

Pihak penyelidik dari Universiti Kyoto dan Universiti California, Los Angeles menjalankan analisis data membabitkan 3,100 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS).
Advertisement
Pihaknya mengumpul data kajian dan individu berdepan 14.9 peratus kurang berkemungkinan untuk mati dalam tempoh 10 tahun, berbanding mereka yang langsung tidak pernah mencapai tahap itu.
Bagi mereka yang berjalan 8,000 langkah lebih tiga hari atau sepanjang seminggu, risiko kematian lebih rendah iaitu 16.5 peratus.
Manfaat kesihatan hasil berjalan 8,000 lebih satu atau dua hari seminggu dikenal pasti lebih tinggi untuk individu berumur 65 tahun ke atas.
"Bilangan hari seminggu berjalan 8,000 langkah atau lebih dikaitkan dengan risiko lebih rendah untuk semua punca dan kematian kardiovaskular.
"Penemuan itu menunjukkan individu berkenaan mungkin menerima faedah kesihatan besar dengan berjalan beberapa hari seminggu," kata penyelidik.
Kiraan langkah harian 3,100 peserta pada 2005 dan 2006 diambil kira sepanjang kajian itu dijalankan.
Selepas itu, data kematian 10 tahun kemudian akan analisis sebelum keputusan penuh diberikan ketika ini.
Dalam kalangan peserta, 632 orang tidak melakukan senaman itu dalam seminggu, 532 berjalan 8,000 langkah atau lebih satu hingga dua hari seminggu dan 1,937 berjalan 8,000 langkah atau lebih untuk tiga hingga tujuh hari seminggu.
Ramai juga bersetuju aktiviti berjalan itu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan kemurungan.
Sumber: Berita Harian