Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sejarah Tercipta! India Berjaya Daratkan Kapal Angkasa Di Bulan

Sejarah tercipta apabila India menjadi negara pertama berjaya mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

sejarah tercipta! india berjaya daratkan kapal angkasa di bulan

Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai lalu.

Advertisement

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan "lancar", atau terkawal, bermula pada jam 5.44 petang waktu India pada Rabu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Malah, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan.

Menurut Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan.

Mereka juga percaya sejarah ini juga bakal menaikkan semangat baharu bagi menerokai dunia angkasa.

Sumber: Bernama
 

SINAR Muzik Retro Terbaik