
Foto Hiasan
Advertisement
Dalam dunia pemakanan, protein datang dalam pelbagai ‘kelas’. Ada yang susah dihadam, ada yang tinggi lemak dan ada yang penuh nutrisi premium. Menariknya, ikan sering berada di kasta tertinggi, dan inilah sebabnya.
Protein Ikan Sangat Mudah Diserap dan ‘Gentle’ Pada Perut
Berbanding ayam atau daging merah, serat protein ikan jauh lebih lembut. Ini menjadikannya mudah dihadam dan cepat diserap oleh badan. Contoh ikan mudah dihadam: Ikan kembung, ikan selar, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan siakap
Sesuai untuk: kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan mereka yang ada masalah perut.
Asid Amino Lengkap, ‘Superfood Protein’ Semula Jadi
Protein ikan mengandungi kesemua sembilan asid amino penting, menjadikannya antara protein paling lengkap. Ikan yang tinggi asid amino lengkap: Salmon, tuna, ikan tongkol

Foto Hiasan
Kaya Omega-3, Inilah Yang Letakkan Ikan Di Kasta Premium
Kelebihan unik ikan ialah kandungan Omega-3 (EPA & DHA) yang tinggi nutrien penting untuk otak, hormon dan jantung. Ikan tinggi Omega-3: Salmon, saba (mackerel), sardine, ikan bilis, ikan tuna.
Omega-3 inilah yang menjadikan ikan lebih ‘bernilai’ berbanding protein darat.
Lemak Ikan Lebih Sihat, Rendah Kolesterol
Tidak seperti daging merah, ikan mengandungi lemak tak tepu yang baik untuk jantung.
Ikan berlemak sihat: Salmon, trout, patin, tenggiri, sardin. Ikan seperti ini sesuai untuk diet penurunan berat badan dan kawalan kolesterol.
Serbaguna Untuk Semua Diet & Semua Umur
Ikan rendah kalori, tinggi protein dan mudah dimasak. Ikan rendah kalori: Tilapia, ikan bawal putih, ikan siakap, ikan talapia merah.
Mudah dimasak: kukus, bakar, panggang, sup yang pasti semuanya cepat dan sedap.
Dengan penghadaman yang mudah, nutrisi lengkap, Omega-3 yang tinggi dan lemak yang sihat, tidak pelik ramai pakar mengangkat ikan sebagai protein premium.
Kalau nak otak tajam, hormon stabil, badan cergas dan jantung sihat makanlah ikan lebih kerap.