Kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mendapat perhatian ramai itu masih lagi misteri hingga ke hari ini.

Baru-baru ini, ibu kanak-kanak tersebut, Ismanira Abdul Manaf berkongsi anaknya Zayn sempat keluar bersama keluarga pada 4 Disember lalu, sehari sebelum dilaporkan hilang.
Advertisement
Malah, dia juga memuat naik beberapa keping gambar bersama anak sulungnya itu.
“Waktu ini Isnin minggu lepas, 4 Disember, ini kali terakhir mommy dan daddy dapat bawak abang jalan-jalan.
“Abang dan adik suka sangat jalan-jalan.. dapat pusing-pusing pusat beli belah dan makan-makan.
“Itu memang happy sangat-sangatlah dua beradik ni, penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba jugak bawak abang dan adik jalan-jalan.. happy sangat abang waktu ni,” luahnya.
Kini, siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak ini sudah memasuki hari ketujuh dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih giat menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Kosmo Online