Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Bawa Ibu Zayn Rayyan ke Tempat Mayat Mangsa Ditemui

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin hari ini dibawa ke lokasi kejadian bagi tujuan melakonkan semula kejadian .

Menurut Sinar Harian, suspek dibawa dengan menaiki van putih tiba di kediaman tersebut kira-kira jam 10.15 pagi.

Advertisement

Kelihatan juga polis membawa patung kanak-kanak bagaimanapun tujuannya tidak dapat dipastikan.

Kemudian, kelibat suspek yang diiringi dan dikawal ketat anggota polis itu menuju ke arah sungai di mana lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada 6 Disember lalu.  

Wanita berkenaan yang berpakaian lokap kelihatan menundukkan kepala ketika dibawa turun sekumpulan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan pada jam 9.50 malam ketika pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai, sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat pada jam 8. 30 malam sebelum mayatnya ditemui lebih sejam kemudian.

Sumber : Sinar Harian, Berita Harian 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik