Hanya kerana mengabai anak perempuannya dalam kereta sehingga meninggal dunia, seorang ibu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Tertuduh Nur Sari Fardiana Mohd. Amran, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.
Advertisement
Mengikut pertuduhan, Nur Sari Fardiana didakwa telah melakukan pengabaian terhadap anak perempuannya yang berusia 2 tahun 3 bulan dengan meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta sehingga meninggal dunia.
Malah, kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah Jalan PJU 1A/25, Ara Damansara di sini antara pukul 8 pagi hingga 3.15 petang pada 8 November lalu.
Sumber: Kosmo Online