Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu Mangsa Kes Langgar Pelajar Kuatkan Hati Maafkan Si Pelaku

Ibu kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut dilanggar dan diseret sejauh lebih lima meter oleh sebuah kereta dipandu pegawai polis pada 15 Disember lalu meluahkan perasaannya.

ibu mangsa kes langgar pelajar kuatkan hati maafkan si pelaku

Malah, ibu mangsa, Mimi Julia Ismail reda dengan pemergian anak bongsunya dan memilih untuk tidak mahu berdendam kerana ia lebih menyakitkan.

Advertisement

“Kecewa, sakit hati, sedih dan marah pada si pelaku tapi ibu kuatkan hati untuk memaafkan sahaja.

“Ibu reda dengan pemergianmu, hidup ibu dan abah juga hanya tinggal saki-baki yang ibu sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir.

“Sememangnya kadang kadang hati ibu rasa kecewa, sakit hati, sedih dan marah pada si pelaku tapi ibu kuatkan hati untuk memaafkan saja.

“Ibu tidak mahu berdendam kerana itu lebih menyakitkan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik