Foto sekadar hiasan
Luahan seorang ibu di Threads yang mengakui berasa tertekan melihat keputusan UPKK anaknya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Advertisement
Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan meluahkan rasa sedih apabila anaknya memperoleh 7A 2B, sedangkan media sosial dipenuhi dengan hantaran ibu bapa lain meraikan kejayaan 9A.
“Rasa macam tak boleh buka Threads, FB sekarang. Tertekan tengok rata rata orang update anak dapat 9A UPKK.
“Bukannya tak bersyukur dan tak hargai anak, tapi datang juga perasaan down tu.
“Faham tak perasaan kau rasa kau dah usaha semaksimum mungkin tapi akhirnya masih tak dapat?” tulisnya.
Menurutnya lagi, suaminya turut berasa lelah kerana merasakan mereka sudah melakukan pelbagai usaha demi kecemerlangan anak, namun keputusan tersebut masih belum mencapai tahap ‘excellent’ seperti diharapkan.
Luahan itu bagaimanapun menerima kecaman apabila ramai berpendapat kenyataan sedemikian boleh memberi kesan emosi kepada anak jika dibaca.
“If I anak you and I baca ni, I akan sedih sangat. Mak mak over macam you ni la yang buat anak rasa not good enough growing up. The focus should be on his or her efforts, not the results per se,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi berkongsi pandangan berbeza dengan menyatakan keputusan 7A 2B tetap membanggakan.
“Sis, my son dapat 7A 2B, Ya Allah punya happy kami laki bini. Dah plan nak hadiahkan dia Lego. Boleh tak appreciate usaha anak? After all, it’s just a result yang lepas tu orang akan lupa.”
Ada juga yang mengingatkan bahawa tujuh subjek mendapat gred A bukanlah sesuatu yang kecil.
“7A tu, tujuh subjek dia skor. Two B tu mungkin beza satu markah je. Celebrate the seven instead.”
Dalam pada itu, seorang ibu lain turut berkongsi pengalaman peribadinya tentang bagaimana reaksi ibu bapa memberi kesan jangka panjang kepada anak.
“Balik nanti, please hug your kid and say something nice. Dia dah cuba yang terbaik. Anak first saya 6A 2B, anak kedua 9A. Dua dua pun saya happy. Result tak define our love.
“Saya dulu UPSR 2A 3B je, tapi arwah ayah tepuk belakang saya dan kata ‘Takpe, don’t be sad, it’s ok.’ Sampai sekarang saya ingat momen tu.”
Malah, ada yang secara ringkas menyatakan,
“You remind me of my childhood trauma.”
Perkongsian tersebut mencetuskan perbincangan lebih luas tentang tekanan akademik, perbandingan dalam media sosial serta pentingnya ibu bapa meraikan usaha anak, bukan semata mata angka pada slip keputusan.
Ibu bapa disarankan tidak kecewa dengan keputusan akademik anak, sebaliknya menghargai usaha dan sahsiah mereka, kerana kecemerlangan tidak seharusnya dinilai melalui akademik semata-mata.
Sokongan berterusan, menghargai usaha, dan tidak membandingkan anak dengan orang lain dapat membantu mereka mekar mengikut potensi dan minat sendiri.
Sumber: Threads