Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu Kecewa Anak Autistik Dihalau, Dijeling Semasa Balik Kampung Beraya

Baru-baru ini, ibu kepada seorang kanak-kanak autistik kecewa apabila anaknya tidak dilayan sebaiknya oleh saudara-mara sendiri sepanjang seminggu berada di kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

ibu kecewa anak autistik dihalau, dijeling semasa balik kampung beraya

Menurut perkongsian di laman TikTok @bellburn, Nabila meluahkan perasaannya itu dan merasakan kehadiran anaknya seakan kurang disenangi oleh pihak tertentu.

@bellburn Anak syurga ibu.. bersabarlah kita ok.. "anak ibu pon berhak raya mcm orang" #anaksyurgaraya #raya #autismberaya #autism #autismacceptance #SlowZoom ♬ Very Sad - Enchan

Advertisement

Lebih kejam apabila mereka sanggup menghina, manghalau serta menjerit terhadap anak syurga tersebut.

Tambahnya, dia tidak menafikan anaknya sangat aktif apabila tiada sesaat pun kanak-kanak itu mampu duduk dengan diam.

“Anak saya memang dari dua tahun dah diagnosis autisme ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Anak saya budak baik je. Cuma dia tak diam. Anak saya seorang yang ‘happy person’, mengamuk pun tidak, menyusahkan pun tidak.

“Dia tak diam sesaat buat orang penat tengok dan rimas.

“Seminggu (duduk kampung) dah kena marah, kena jerit, kena perli, kena halau, kena jeling,” kongsinya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik