Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia, Sharifah Shahirah Titip Ucapan Takziah

ibu jatt ali meninggal dunia, sharifah shahirah titip ucapan takziahFoto: Instagram

Ibu kepada penyanyi, Jatt Ali dilaporkan meninggal dunia pada pagi ini. Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Jatt Ali menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Advertisement

Dalam perkongsian tersebut, Jatt Ali memohon agar urusan ibunya dipermudahkan serta mengajak orang ramai mendoakan roh arwah.

“Yaa Allah, aku mohon pada-Mu permudahkanlah urusan bonda ku,” tulisnya.

Menerusi hantaran lain, beliau turut mengesahkan pemergian ibunya dengan menyatakan bahawa arwah telah dijemput Ilahi pada pagi hari ini.

“Salam semua… bonda telah pun dijemput Allah pagi ini… ternyata Allah lebih menyayanginya. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman,” katanya.

 

 

Pemergian tersebut turut mendapat perhatian bekas isterinya, pelakon dan pengacara iaitu Sharifah Shahirah yang turut menzahirkan ucapan takziah menerusi Instagram.

“Takziah Jatt Ali and family,” tulis Sharifah Shahirah ringkas.

Untuk rekod, Jatt Ali dan Sharifah Shahirah pernah mendirikan rumah tangga sebelum berpisah, namun hubungan baik antara mereka masih terpelihara, khususnya dalam urusan keluarga.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala semoga ahli keluarga turut diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik