Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu Dedah Isi Buku Anak Pengawas Darjah 3, Buat Netizen Tak Berhenti Gelak - “Bernafas Pun Satu Kesalahan Sekarang?”

ibu dedah isi buku pengawas anak darjah 3, buat netizen tak berhenti gelak - “bernafas pun satu kesalahan sekarang?”Foto: Threads

Media sosial sekali lagi menjadi sumber hiburan tanpa disangka apabila satu perkongsian ringkas berjaya mencuri perhatian ramai pengguna.

Advertisement

Kali ini, tumpuan terarah kepada satu hantaran di Threads yang dimuat naik oleh seorang ibu selepas berkongsi gambar buku catatan pengawas milik anaknya yang masih di Darjah 3.

Apa yang mencetuskan reaksi lucu bukanlah buku tersebut, sebaliknya senarai kesalahan murid yang direkodkan oleh si pengawas kecil itu.

Dalam catatan berkenaan, seorang murid dilabel sebagai Shafiqah 1 kerana terdapat dua pelajar dengan nama sama dalam kelas. Namun, kesalahan yang ditulis benar-benar mengundang gelak tawa ramai.

Bukan kerana membuat bising atau bercakap di dalam kelas, sebaliknya murid itu dicatat atas kesalahan mengejek rakan dan satu lagi kesalahan yang dianggap luar biasa iaitu bernafas.

Ibu kepada murid tersebut turut berseloroh di ruangan kapsyen dengan menulis,

“Shafiqah 1, are you okay?” sambil memuat naik gambar buku catatan berkenaan.

Lebih mencuit hati, si ibu turut menjelaskan sebab di sebalik catatan itu apabila anaknya ditanya mengenai kesalahan berkenaan.

“Dia kata Shafiqah 1 bernafas kuat sangat,” jelas si ibu, memetik penjelasan anaknya.

Perkongsian tersebut pantas menjadi tular apabila ramai netizen tidak menyangka perbuatan bernafas boleh direkodkan sebagai satu kesalahan di sekolah rendah.

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi lucu, termasuk ada yang berseloroh menulis, “Bernafas pun dah jadi satu jenayah sekarang?” serta ada yang berkata, “Medic team, please come and rescue Shafiqah 1.”

Dalam masa sama, perkongsian ini turut membuatkan ramai mengimbau kembali kenangan zaman sekolah apabila pernah ditegur pengawas kerana kesalahan kecil.

Namun, majoriti netizen bersetuju bahawa kesalahan bernafas ini berada pada tahap paling ‘next level’, sambil bergurau mengatakan pengawas kecil tersebut mungkin terlalu komited menjalankan tugasnya.

Sumber: Threads

SINAR Muzik Retro Terbaik