Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hutang Negara Rekod Rm1.173 Trilion Tahun Lalu, Naik 8.6 Peratus

Lands-P-19.png

Pada tahun 2023, hutang Kerajaan Persekutuan direkodkan sebanyak RM1.173 trilion, menunjukkan peningkatan RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding RM1.080 trilion pada tahun 2022.

Advertisement

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, hutang tersebut terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri yang berjumlah RM1.143 trilion, mewakili 97.5 peratus daripada keseluruhan hutang Persekutuan, dan Hutang Luar Negeri sebanyak RM29.851 bilion, yang menyumbang 2.5 peratus.

Lands-P-20.png

 

"Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion atau 8.8 peratus, manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion atau 1.1 peratus.

"Kedudukan Liabiliti Persekutuan pada akhir tahun 2023 menunjukkan peningkatan dengan Nisbah Liabiliti Persekutuan kepada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) pada kadar 81.8 peratus berbanding 78.0 peratus pada tahun 2022.

"Ini berikutan kadar pertumbuhan KDNK nominal pada 2023 adalah sebanyak 1.6 peratus lebih perlahan berbanding 2022 pada 15.8 peratus. Nisbah Hutang Persekutuan kepada KDNK pada tahun 2023 pada kedudukan 64.3 peratus juga meningkat berbanding 60.2 peratus pada tahun 2022.

Laporan Ketua Audit Negara itu turut memaklumkan, bagi menambah baik pengurusan Hutang Persekutuan, kerajaan melaksanakan pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober tahun lalu.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik