Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Penjara Ke Atas Pemuda Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Ittifaqiyah

Tragedi yang menyayat hati 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran, tujuh tahun lalu, akhirnya terbela apabila Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Khamis.

mahkamah persekutuan kekalkan hukuman penjara ke atas pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz ittifaqiyah

Mahkamah masih mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap seorang pemuda berusia 23 tahun atas kesalahan membunuh.

Advertisement

Susulan itu, pemuda tersebut akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, kejadian 14 September 2017 telah mengorbankan seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang marak dijilat api.

Pada 11 September tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara terhadap pemuda itu selepas tiga panel hakim mendapati, tiada sebab untuk mengusik keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati dia bersalah atas 23 pertuduhan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik